'Gambar rajah di atas menunjukkan suasana dhuha di Sekolah Menengah Islam Hidayah' .. Amboi formalnya ayat macam nak terangkan subjek sains. Emm sebenarnya nak cerita yang suasana macam ni bukan senang nak cari walaupun ada banyak sana sini, cuma sekolah ni sangat special (serious).. Hehe. Aku sebenarnya bila dah masuk alam U suasana dah berubah, nak kata segalanya pun boleh jugak. Suasana tarbiah yang ada macam masa sekolah agak susah nak diburu di dunia baru ni. Apa pun aku akan buat yang terbaik untuk diri, teman, dan keluarga. Dengan slogan "Usrah terapi hidupku" dapat merapatkan ukhuwah antara ikhwah dan akhawat. Aku pun sekarang dalam dunia baru ni baru dapat usrah. Sekolah dulu ada je usrah dari form1 sampai form5 cuma lepas spm tu tak selalu, kadang kerap jugak kitorang buat usrah dengan naqib ustz sekolah aku (opss usrah kena selalu ok!) Memang best lah usrah wa cakap sama lu! Macam2 topic boleh jadik tajuk utama. Especially 'baitul muslim' :p Em ok dah, mengantuk sangat dah ni. Kepada pembaca 'masa tak pernah tunggu kita, penangguhan itu pencuri masa'. Berusahalah untuk kebaikan diri, masyarakat dan ummah! ^^
Thursday, 1 August 2013
Thursday, 4 July 2013
Menghiburkan diri di waktu malam. Maka tuan hamba rekalah cerita fantasi berlandaskan cerita "benar".
Al-kisah seekor dinosaur telah bertandang ke halaman rumah tuan hamba. Secara kebetulan tag nama tuan hamba hilang pada suatu ketika tertentu. Lalu seekor dinosaur (mainan je) berjalan menuju halaman rumah tuan hamba lalu terjumpa tag namaku. Dinosaur tersebut membuat bunyi yang (bunyi dino la kan) lalu tuan hamba pun bersegeralah keluar rumah bergegas ke arah datangnya suara keramat tersebut (keramat lah sgt) lalu ku terjumpa Dinosaur ini. Ok Tamat :)
*The main of the story is i just want to show my photography's skill. Sekian. *bow
Friday, 15 March 2013
Pasti ada sesuatu disebalik tabir.
Satu cerita yang best ana jumpa dan boleh dikongsikan :)
Al-kisah! Memang susah jika semua memikirkan kepentingan diri sendiri tanpa menghiraukan kepentingan orang lain.
Ibu merasa pening kepala kerana ketiga-tiga anaknya masih tidak bertegur sapa. Masing-masing punya prinsip kehidupan dan wawasan yang berbeza. Semua anaknya mengambil peguam untuk mendakwa dan membela kepentingan masing-masing. Si tua dengan keegoaannya tidak mahu mengalah. Si tengah mendakwa dirinya teraniaya. Manakala si bongsu merasakan dia lebih berhak memiliki segalanya dari kedua orang abang-abangnya.
Ibu tidak berhenti menangis. Nasihatnya tidak lagi diterima kerana pertelingkahan sudah jadi kes mahkamah. Ibunya terbiar kesepian. Masing-masing anaknya tidak mahu ibu memihak kepada sesiapa di antara mereka. Bila ibu bersuara memberi nasihat , mereka merasa ibu memilih kasih.
Sebenarnya ada pihak merasa senang dengan keadaan pertelingkahan ini. Dia memang menunggu peluang. Peluang untuk memiliki segala aset. Paling tidak apabila pertelingkahan berlaku, pasti aset dibekukan, ini menjadikan reputasi syarikat anak-anak yang sedang bergaduh menurun dan saingan berkurangan.
Iktibar : Jangan bertelingkah sesama orang yang kita rapat, kerana MUNGKIN ada yang akan cuba mengambil kesempatan.
Da'ie mesti PERFECT
Assalamualaikum semua!:) Mesti ramai yang ada niat nak jadi baik, terutamanya mereka yang nak berubah. Sekarang ada sesuatu yang bermain di minda ana selepas beberapa benda berlaku. Kalau nak jadik 'pendakwah' sikap kita kena la berubah. Maksudnya cuba tahan segala perkara buruk dan jangan bawa masa kita berdakwah. Nanti orang tak ikut ! Seriously.. Ana memang ada pengalaman dengan orang-orang macam ni.
Pendakwah kena jadik macam (as shown above) . Ada seorang ni la. Aku tahu dia baik, dia suka post or tweet pasal islamic yang cool and yeah i respect that. Tapi kalau pandang dari sudut bergaul itu yang aku tak boleh terima. Dia kalau boleh dengan perempuan pun nak berbual pasal hiburan etc. Cakap kosong tu lagilah..
So orang macam ni memang aku tak suka. Belajar agama, sekolah agama. Cuma kena aplikasikan je dalam hidup. Kena berlaku baik untuk tarik orang supaya mereka LISTEN apa yang kita bicarakan dan post. Pendakwah ni kerja kena serious, sebab orang sentiasa menilai diri seseorang. Ini teguran untuk diri dan semua :)
Atas segala kesilapan bahasa andai terkasar Ana minta maaf.
Monday, 11 March 2013
Apa salahnya MINTA MAAF ? :)
Seorang wanita pertengahan usia sambil menunggu waktu penerbangan membelek-belek majalah di gerai buku. Beliau mencari bahan bacaan yang sesuai bagi menemaninya sepanjang penerbangan.
Kemudian beliau membeli sebungkus biskut dan membawa bersamanya. Di dalam kapal terbang beliau duduk bersebelahan dengan seorang lelaki. Dalam tempoh penerbangan, ia ia terlelap sebentar, apabila ia terjaga beliau melihat lelaki tadi membuka biskut yang dibelinya. Kemudian lelaki itu mula makan biskut itu satu persatu.
Terbit rasa marah dalam hati wanita tersebut, mahu rasanya ia menampar lelaki yang kurang ajar tadi. Sudahlah tidak minta izin , ia langsung tidak menunjukan muka rasa bersalah.
Wanita itu merasa ia patut merasai biskut tadi sebelum kehabisan, ia pun mengambil biskut dari bungkusan yang diambil lelaki sebelahnya. Lelaki itu tersenyum dan memperlawanya makan bersama. Lelaki itu meninggalkan setengah dari baki biskut dan membiarkan wanita itu makan sehingga habis.
Apabila tiba ke destinasi , wanita itu bangun dan membuka begnya untuk mengambil kacamata. Alangkah terkejutnya wanita itu apabila mendapati sebungkus biskut masih belum terusik di dalam begnya.
Barulah ia sedar, bahawa ia telah mengambil biskut kepunyaan orang lain tanpa segan silu ataupun rasa bersalah..
Berhati-hatilah :
Jangan dipikul bebanan sengketa bertahun lamanya hanya kita dilukai seminit dua.
Jangan dipikul bebanan sengketa bertahun lamanya hanya kita dilukai seminit dua.
Prayer time.
Jadi penganggur dekat rumah ni best. Kadang boleh sampai tahap yang sangat membosankan+malas. Dalam tengah malas tu macam biasala. Main game~ Tapi apa pun tanggungjawab sebagai muslim jangan lupa. Solat 5 waktu tu wajib. Tinggal dapat dosa. Dosa besar beb! Jzkk.
Wednesday, 20 February 2013
Sneak Peaks From "SMIH SPORTS DAY" :)
Caption : Gagal bukan selamanya.
Struggling !
Faris Akmal : Photography Club, one of my friend.
Shoes
Which one would you choose?
Hey kid, what are you aiming?
The Blue Team! :D
Subscribe to:
Posts (Atom)




.jpg)





