Saturday 21 September 2013

Menguap dalam islam

*gambar sekadar hiasan



Menguap Menurut Islam



Daripada Abu Hurairah r. a. bahawasanya Baginda Rasulullah saw bersabda bermaksud: "Sesungguhnya Allah swt suka orang yang bersin, dan membenci orang yang menguap. Maka apabila seseorang kamu bersin, lalu dia mengucapkan 'Alhamdulillah', maka adalah hak atas setiap Muslim yang mendengarnya pula mengucapkan 'Yarhamkallah!'.

Adapun menguap itu adalah daripada syaitan. Maka apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia menahannya sekadar termampu. Sebab sesungguhnya apabila kamu menguap, syaitan akan mentertawakannya. (Hadith Riwayat Bukhari)

Daripada Abu Said Al-Khudri r. a., katanya : Telah bersabda Rasulullah s. a. w. yang bermaksud: "Apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia meletakkan tangannya pada mulutnya, kerana sesungguhnya syaitan itu akan masuk (melalui mulut yang terbuka." Riwayat Imam Muslim

Nabi Muhammad saw bersabda maksudnya: "Sesungguhnya Allah suka kepada orang-orang yang bersin, dan membenci orang-orang yang menguap . Maka apabila seseorang kamu menguap, jangan sampai berbunyi, kerana yang demikian itu daripada syaitan yang mentertawakanmu." Hadith riwayat Imam Muslim, Ahmad dan At-Tirmidzi

Daripada Abdullah bin Az-Zubair r. a., katanya: Telah bersabda Rasulullah saw yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah swt membenci sesiapa yang mengangkat suara ketika menguap dan bersin." Hadith riwayat Imam Muslim, Ahmad dan At-Tirmidzi

Pengajaran daripada maksud hadith, antara adap-adap menguap dan bersin:

Berusaha menahan menguap sekadar termampu terutama ketika solat.
Meletakkan tangan di atas mulut untuk menahan menguap sama ada di dalam atau di luar solat.
Makruh mengeluarkan suara dan mengangkat bunyi ketika menguap atau bersin.
Sunat ketika bersin mengucapkan "Alhamdulillah" dan orang yang mendengarnya pula mengucapkan "Yarhamukallah".
Sunat mengucapkan "Astaghfirullah" selepas menguap.

*semoga bermanfaat :)

Thursday 12 September 2013

Human and Allah 1 (Al-Mulk 1-10)


Assalamualaikum, apa khabar semua? Asif, dah lama tak update blog. Haa mesti menanti nantikan update yang baru kan?? *tangan kt bahu mata pandang atas.

So dalam kemajuan dunia ni seiring dengan kemajuan manusia berfikir, kita mestilah melakukan sesuatu berdasarkan kemajuan 'fikiran' kita. 


SURAH AL-MULK

Ha hangpa semua dah baca surah al-mullk? Hafal sudah?? Kalau belum baik baca sekarang okay. Hafal lebih bagus :) Dalam surah ni menceritakan tentang kerajaan. Kerajaan langit? Atau kerajaan bumi? Pada pendapat saya, dalam ayat pertama surah ini telah diberitahu oleh Allah kepada manusia bahawa 'Allah menguasai (segala sesuatu). Allah BERI TAHU manusia supaya JANGAN syirik! Kalau saya nak cerita bab syirik ni bukan pendek. Panjang ceritanya gitu. Kemudian ayat ketiga Allah berfirman "Yang menciptakan 7 langit berlapis-lapis. Tidak akan kamu melihat sesuatu yang tidak seimbang pada ciptaan Tuhan yang maha pengasih. Maka lihatlah sekali lagi, adakah kamu lihat sesuatu kecacatan?"

Allah mahu manusia supaya sentiasa ingat Allah dikala susah dan senang, kita pandang ke langit pun sudah boleh membasahkan mulut kita dengan tasbih dan zikir, subhanallah, AllahAkbar, Alhamdulillah. Indah kan Alam ciptaanNya? :) Senang sangat nak dapat pahala ni cuma kita ni yang bergelar manusia kena tangkis hasutan syaitan sepadu tenaga! InshaAllah. 

Kemudian, dalam ayat 6 Allah berfirman "Dan orang2 yang ingkar kepada Tuhannya, akan mendapat azab Jahanam. Dan itulah seburuk-buruk tempat kembali" 

MashaAllah, ada kaitan sebenarnya ayat 6 dan sebelumnya. Allah bagitahu manusia supaya 'sami'na wa ata'na' dan kemudian jika manusia masih ingkar, Allah turunkan ayat 6 untuk mengancam manusia yang ingkar dengan azab siksa. 

Begitulah secara 'overall' surah Al-Mulk dari awal iaitu ayat 1-10. Banyak lagi nk ditype, banyak lagi hendak dikongsikan ilmu ini, banyak lagi tanggungjawabku yang ingin ku jalankan. Tetapi masa pada waktu sekarang tidak mengizinkan. Harap yang membaca dapat sebarkan :) saham akhirat tu penting. Kerana ilmu yang bermanfaat apabila dikongsikan semakin berganda pahalanya lebih-lebih lagi perihal agama. Bersama menegakkan syiar islam. InshaAllah AllahuAkbar! *genggam tangan