Saturday 21 September 2013

Menguap dalam islam

*gambar sekadar hiasan



Menguap Menurut Islam



Daripada Abu Hurairah r. a. bahawasanya Baginda Rasulullah saw bersabda bermaksud: "Sesungguhnya Allah swt suka orang yang bersin, dan membenci orang yang menguap. Maka apabila seseorang kamu bersin, lalu dia mengucapkan 'Alhamdulillah', maka adalah hak atas setiap Muslim yang mendengarnya pula mengucapkan 'Yarhamkallah!'.

Adapun menguap itu adalah daripada syaitan. Maka apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia menahannya sekadar termampu. Sebab sesungguhnya apabila kamu menguap, syaitan akan mentertawakannya. (Hadith Riwayat Bukhari)

Daripada Abu Said Al-Khudri r. a., katanya : Telah bersabda Rasulullah s. a. w. yang bermaksud: "Apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia meletakkan tangannya pada mulutnya, kerana sesungguhnya syaitan itu akan masuk (melalui mulut yang terbuka." Riwayat Imam Muslim

Nabi Muhammad saw bersabda maksudnya: "Sesungguhnya Allah suka kepada orang-orang yang bersin, dan membenci orang-orang yang menguap . Maka apabila seseorang kamu menguap, jangan sampai berbunyi, kerana yang demikian itu daripada syaitan yang mentertawakanmu." Hadith riwayat Imam Muslim, Ahmad dan At-Tirmidzi

Daripada Abdullah bin Az-Zubair r. a., katanya: Telah bersabda Rasulullah saw yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah swt membenci sesiapa yang mengangkat suara ketika menguap dan bersin." Hadith riwayat Imam Muslim, Ahmad dan At-Tirmidzi

Pengajaran daripada maksud hadith, antara adap-adap menguap dan bersin:

Berusaha menahan menguap sekadar termampu terutama ketika solat.
Meletakkan tangan di atas mulut untuk menahan menguap sama ada di dalam atau di luar solat.
Makruh mengeluarkan suara dan mengangkat bunyi ketika menguap atau bersin.
Sunat ketika bersin mengucapkan "Alhamdulillah" dan orang yang mendengarnya pula mengucapkan "Yarhamukallah".
Sunat mengucapkan "Astaghfirullah" selepas menguap.

*semoga bermanfaat :)

Thursday 12 September 2013

Human and Allah 1 (Al-Mulk 1-10)


Assalamualaikum, apa khabar semua? Asif, dah lama tak update blog. Haa mesti menanti nantikan update yang baru kan?? *tangan kt bahu mata pandang atas.

So dalam kemajuan dunia ni seiring dengan kemajuan manusia berfikir, kita mestilah melakukan sesuatu berdasarkan kemajuan 'fikiran' kita. 


SURAH AL-MULK

Ha hangpa semua dah baca surah al-mullk? Hafal sudah?? Kalau belum baik baca sekarang okay. Hafal lebih bagus :) Dalam surah ni menceritakan tentang kerajaan. Kerajaan langit? Atau kerajaan bumi? Pada pendapat saya, dalam ayat pertama surah ini telah diberitahu oleh Allah kepada manusia bahawa 'Allah menguasai (segala sesuatu). Allah BERI TAHU manusia supaya JANGAN syirik! Kalau saya nak cerita bab syirik ni bukan pendek. Panjang ceritanya gitu. Kemudian ayat ketiga Allah berfirman "Yang menciptakan 7 langit berlapis-lapis. Tidak akan kamu melihat sesuatu yang tidak seimbang pada ciptaan Tuhan yang maha pengasih. Maka lihatlah sekali lagi, adakah kamu lihat sesuatu kecacatan?"

Allah mahu manusia supaya sentiasa ingat Allah dikala susah dan senang, kita pandang ke langit pun sudah boleh membasahkan mulut kita dengan tasbih dan zikir, subhanallah, AllahAkbar, Alhamdulillah. Indah kan Alam ciptaanNya? :) Senang sangat nak dapat pahala ni cuma kita ni yang bergelar manusia kena tangkis hasutan syaitan sepadu tenaga! InshaAllah. 

Kemudian, dalam ayat 6 Allah berfirman "Dan orang2 yang ingkar kepada Tuhannya, akan mendapat azab Jahanam. Dan itulah seburuk-buruk tempat kembali" 

MashaAllah, ada kaitan sebenarnya ayat 6 dan sebelumnya. Allah bagitahu manusia supaya 'sami'na wa ata'na' dan kemudian jika manusia masih ingkar, Allah turunkan ayat 6 untuk mengancam manusia yang ingkar dengan azab siksa. 

Begitulah secara 'overall' surah Al-Mulk dari awal iaitu ayat 1-10. Banyak lagi nk ditype, banyak lagi hendak dikongsikan ilmu ini, banyak lagi tanggungjawabku yang ingin ku jalankan. Tetapi masa pada waktu sekarang tidak mengizinkan. Harap yang membaca dapat sebarkan :) saham akhirat tu penting. Kerana ilmu yang bermanfaat apabila dikongsikan semakin berganda pahalanya lebih-lebih lagi perihal agama. Bersama menegakkan syiar islam. InshaAllah AllahuAkbar! *genggam tangan

Thursday 1 August 2013

Bumi Hidayah :)


'Gambar rajah di atas menunjukkan suasana dhuha di Sekolah Menengah Islam Hidayah' .. Amboi formalnya ayat macam nak terangkan subjek sains. Emm sebenarnya nak cerita yang suasana macam ni bukan senang nak cari walaupun ada banyak sana sini, cuma sekolah ni sangat special (serious).. Hehe. Aku sebenarnya bila dah masuk alam U suasana dah berubah, nak kata segalanya pun boleh jugak. Suasana tarbiah yang ada macam masa sekolah agak susah nak diburu di dunia baru ni.  Apa pun aku akan buat yang terbaik untuk diri, teman, dan keluarga. Dengan slogan "Usrah terapi hidupku" dapat merapatkan ukhuwah antara ikhwah dan akhawat. Aku pun sekarang dalam dunia baru ni baru dapat usrah. Sekolah dulu ada je usrah dari form1 sampai form5 cuma lepas spm tu tak selalu, kadang kerap jugak kitorang buat usrah dengan naqib ustz sekolah aku (opss usrah kena selalu ok!) Memang best lah usrah wa cakap sama lu! Macam2 topic boleh jadik tajuk utama. Especially 'baitul muslim' :p Em ok dah, mengantuk sangat dah ni. Kepada pembaca 'masa tak pernah tunggu kita, penangguhan itu pencuri masa'. Berusahalah untuk kebaikan diri, masyarakat dan ummah! ^^

Thursday 4 July 2013

Menghiburkan diri di waktu malam. Maka tuan hamba rekalah cerita fantasi berlandaskan cerita "benar".


Al-kisah seekor dinosaur telah bertandang ke halaman rumah tuan hamba. Secara kebetulan tag nama tuan hamba hilang pada suatu ketika tertentu. Lalu seekor dinosaur (mainan je) berjalan menuju halaman rumah tuan hamba lalu terjumpa tag namaku. Dinosaur tersebut membuat bunyi yang (bunyi dino la kan) lalu tuan hamba pun bersegeralah keluar rumah bergegas ke arah datangnya suara keramat tersebut (keramat lah sgt) lalu ku terjumpa Dinosaur ini. Ok Tamat :)

*The main of the story is i just want to show my photography's skill. Sekian. *bow

Friday 15 March 2013

Pasti ada sesuatu disebalik tabir.



Satu cerita yang best ana jumpa dan boleh dikongsikan :)

Al-kisah! Memang susah jika semua memikirkan kepentingan diri sendiri tanpa menghiraukan kepentingan orang lain.

Ibu merasa pening kepala kerana ketiga-tiga anaknya masih tidak bertegur sapa. Masing-masing punya prinsip kehidupan dan wawasan yang berbeza. Semua anaknya mengambil peguam untuk mendakwa dan membela kepentingan masing-masing. Si tua dengan keegoaannya tidak mahu mengalah. Si tengah mendakwa dirinya teraniaya. Manakala si bongsu merasakan dia lebih berhak memiliki segalanya dari kedua orang abang-abangnya.

Ibu tidak berhenti menangis. Nasihatnya tidak lagi diterima kerana pertelingkahan sudah jadi kes mahkamah. Ibunya terbiar kesepian. Masing-masing anaknya tidak mahu ibu memihak kepada sesiapa di antara mereka. Bila ibu bersuara memberi nasihat , mereka merasa ibu memilih kasih.

Sebenarnya ada pihak merasa senang dengan keadaan pertelingkahan ini. Dia memang menunggu peluang. Peluang untuk memiliki segala aset. Paling tidak apabila pertelingkahan berlaku, pasti aset dibekukan, ini menjadikan reputasi syarikat anak-anak yang sedang bergaduh menurun dan saingan berkurangan.

Iktibar : Jangan bertelingkah sesama orang yang kita rapat, kerana MUNGKIN ada yang akan cuba mengambil kesempatan.

Da'ie mesti PERFECT


Assalamualaikum semua!:) Mesti ramai yang ada niat nak jadi baik, terutamanya mereka yang nak berubah. Sekarang ada sesuatu yang bermain di minda ana selepas beberapa benda berlaku. Kalau nak jadik 'pendakwah' sikap kita kena la berubah. Maksudnya cuba tahan segala perkara buruk dan jangan bawa masa kita berdakwah. Nanti orang tak ikut ! Seriously.. Ana memang ada pengalaman dengan orang-orang macam ni.

Pendakwah kena jadik macam (as shown above) . Ada seorang ni la. Aku tahu dia baik, dia suka post or tweet pasal islamic yang cool and yeah i respect that. Tapi kalau pandang dari sudut bergaul itu yang aku tak boleh terima. Dia kalau boleh dengan perempuan pun nak berbual pasal hiburan etc. Cakap kosong tu lagilah..

So orang macam ni memang aku tak suka. Belajar agama, sekolah agama. Cuma kena aplikasikan je dalam hidup. Kena berlaku baik untuk tarik orang supaya mereka LISTEN apa yang kita bicarakan dan post. Pendakwah ni kerja kena serious, sebab orang sentiasa menilai diri seseorang. Ini teguran untuk diri dan semua :)

Atas segala kesilapan bahasa andai terkasar Ana minta maaf. 

Monday 11 March 2013

Apa salahnya MINTA MAAF ? :)


Seorang wanita pertengahan usia sambil menunggu waktu penerbangan membelek-belek majalah di gerai buku. Beliau mencari bahan bacaan yang sesuai bagi menemaninya sepanjang penerbangan.

Kemudian beliau membeli sebungkus biskut dan membawa bersamanya. Di dalam kapal terbang beliau duduk bersebelahan dengan seorang lelaki. Dalam tempoh penerbangan, ia ia terlelap sebentar, apabila ia terjaga beliau melihat lelaki tadi membuka biskut yang dibelinya. Kemudian lelaki itu mula makan biskut itu satu persatu.

Terbit rasa marah dalam hati wanita tersebut, mahu rasanya ia menampar lelaki yang kurang ajar tadi. Sudahlah tidak minta izin , ia langsung tidak menunjukan muka rasa bersalah.

Wanita itu merasa ia patut merasai biskut tadi sebelum kehabisan, ia pun mengambil biskut dari bungkusan yang diambil lelaki sebelahnya. Lelaki itu tersenyum dan memperlawanya makan bersama. Lelaki itu meninggalkan setengah dari baki biskut dan membiarkan wanita itu makan sehingga habis.

Apabila tiba ke destinasi , wanita itu bangun dan membuka begnya untuk mengambil kacamata. Alangkah terkejutnya wanita itu apabila mendapati sebungkus biskut masih belum terusik di dalam begnya.

Barulah ia sedar, bahawa ia telah mengambil biskut kepunyaan orang lain tanpa segan silu ataupun rasa bersalah..

Kini setelah sekian lamanya wanita itu masih teringat-ingat kisah itu dan menyesal kerana menangung keresahan kerana sikapnya yang terburu-buru.

Berhati-hatilah :

Jangan dipikul bebanan sengketa bertahun lamanya hanya kita dilukai seminit dua.

Prayer time.

Jadi penganggur dekat rumah ni best. Kadang boleh sampai tahap yang sangat membosankan+malas. Dalam tengah malas tu macam biasala. Main game~ Tapi apa pun tanggungjawab sebagai muslim jangan lupa. Solat 5 waktu tu wajib. Tinggal dapat dosa. Dosa besar beb! Jzkk.

Wednesday 20 February 2013

Sneak Peaks From "SMIH SPORTS DAY" :)

Caption : Gagal bukan selamanya.

Struggling ! 

Faris Akmal : Photography Club, one of my friend.

Shoes

Which one would you choose?

Hey kid, what are you aiming?

The Blue Team! :D




Thursday 14 February 2013

Sedikit Perkongsian

Nabi saw. bersabda, "Apabila kamu masuk ke tempat tidurmu, maka bacalah ayat Kursi 'Allahu La Ilaha Illa Huwal Hayyul Qayyum', sehingga habis ayat ini. Maka sesungguhnya, akan sentiasa ada penjaga dari Allah untuk kamu dan syaitan tidak akan dapat mendekati kamu sehingga pagi". (HR Bukhari)

*Sebenarnya masa ni dah lewat untuk update sebab tolong mak macam-macam tadi. Sedikit perkongsian *ni je yang sempat. PERINGATAN BUAT KU DAN KAWAN. Assalamualaikum & Selamat Malam.

Tuesday 12 February 2013

Kelebihan awal ke Masjid (Allahu Akbar!)


Rasulullah saw. bersabda, “Apabila tiba hari Jumaat, maka di setiap pintu masjid ada Malaikat yang mencatat orang-orang yang masuk mengikut turutannya. Apabila imam telah duduk (di atas mimbar), para Malaikat menutup buku catatan mereka dan mendengarkan khutbah. Perumpamaan orang yang hadir ke masjid paling awal adalah bagaikan orang yang menyembelih hadyi (korban) seekor unta, kemudian dari itu seperti menyembelih seekor sapi, kemudian dari itu seperti menyembelih seekor kambing, kemudian dari itu seperti menyembelih seekor ayam, kemudian dari itu seperti memberikan sedekah sebiji telur”. (HR Muslim)

Lebih awal sampai, dapat lebih ganjaran. Insya ALLAH lepas ni jom ke masjid pada awal waktu! Pahala! Kan mudah nak dapat. Ye Dop? :)

Monday 14 January 2013

Sunday 13 January 2013

Saturday 12 January 2013

Harapan atau Kenangan? OldTone.

Bismillah, tajuk memang ada kaitan kalau nak minta orang komen gambar ni, tapi apa yang ada dalam otak aku ni gambar ni pasal rumah atau bilik yang tengah kosong atau buruk. Tengah ubah suai ATAU ditinggalkan. Padahal rumah sendiri~ haha. Bilik ni dah lama tak guna cuma bila parent ada idea tiba-tiba nak pindah..so aku ni ikut arahan je. Happy rumah baru. Kah3!

OldTone Photograpgy by Khair.

OldTone 1

Ni oldtone di-edit oleh photoshop (edit sendiri). Baru je sebenarnya terlibat dalam bidang adobe, ramai lagi orang hebat dekat luar sana tapi apa pun insyaAllah aku nak jadik macam profesional dekat luar sana. Boleh kan? Impossible is nothing! Boleh tahan kualiti lens baru ni. Berbaloi jugak. Ni gambar aku ni abaikan kalau nak. Cuma boleh tengok dekat result gambarnya. Amacam? Ok ke tak ok ke tu mu punya komen la kan. Apa pun nak sampai yang paling teratas mesti mula dari bawah dulu :) *click untuk view.

Mati hidup kembali

Tajuk dia abaikan, ada kaitan tapi sikit je la, ok ni blog baru lepas blog lama macam dah tak guna & dah corrupted atas sebab2 tertentu. Ni aku beginner dalam buat blog. Dulu pernah dengar orang kata yang buat blog ni orang gedik la, "budak2 pelik". Tapi pendapat aku biasa je. Lain orang lain pendapat kan. Yang penting ikut cara guna kita macam mana la kan *hidung kembang*. Ok, lepas ni insyaAllah aku upgrade blog ni sikit-sikit. Finally lawa la boleh jadik, orang pun ramai singgah~ Ceh. Haha. Tak apa, kerja ni ada kaitan dengan hobi akan datang.