Friday 21 February 2014

#WhistleOn Games (Asasians)

Assalamualaikum, alkisah ni nk post gambar je sebenarnya. Minat photography and yes photography really give me a big boost. Minggu lepas atau 2 minggu lepas ada game untuk budak asasi #WhistleOn yang dianjurkan oleh SMFUU iaitu Fakulti undang-undang Shah Alam. Setakat ni alhamdulillah seronok sepanjang program (dapat penat ada la) penat memang penat yang penting 'Qowiyul Jismi' ! Tapi bila buat hobi yang kita paling minat tu memang satu kepuasan la sebab we're good at it. Tapi tapi yang sedihnya jadi photographer ni gambar kita tak banyak sangat. Haha jadi tabah lah :)

Enjoy ~










































































Thursday 20 February 2014

Semoga berjaya menghabiskan waktu yang ada menimba ilmu lillahita'ala.

Dari Abu Hurairah, r.a., dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Sesiapa 

yang mempelajari sesuatu ilmu dari jenis-jenis ilmu yang 

tujuannya untuk mencapai keredhaan Allah,  sedang ia tidak 

mempelajarinya melainkan untuk mendapat sesuatu bahagian dari 

dunia (harta benda atau pengaruh), nescaya ia tidak akan dapat 

mencium bau syurga,  pada hari qiamat kelak."

( Abu Daud dan Ibnu Majah)

Saturday 21 September 2013

Menguap dalam islam

*gambar sekadar hiasan



Menguap Menurut Islam



Daripada Abu Hurairah r. a. bahawasanya Baginda Rasulullah saw bersabda bermaksud: "Sesungguhnya Allah swt suka orang yang bersin, dan membenci orang yang menguap. Maka apabila seseorang kamu bersin, lalu dia mengucapkan 'Alhamdulillah', maka adalah hak atas setiap Muslim yang mendengarnya pula mengucapkan 'Yarhamkallah!'.

Adapun menguap itu adalah daripada syaitan. Maka apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia menahannya sekadar termampu. Sebab sesungguhnya apabila kamu menguap, syaitan akan mentertawakannya. (Hadith Riwayat Bukhari)

Daripada Abu Said Al-Khudri r. a., katanya : Telah bersabda Rasulullah s. a. w. yang bermaksud: "Apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia meletakkan tangannya pada mulutnya, kerana sesungguhnya syaitan itu akan masuk (melalui mulut yang terbuka." Riwayat Imam Muslim

Nabi Muhammad saw bersabda maksudnya: "Sesungguhnya Allah suka kepada orang-orang yang bersin, dan membenci orang-orang yang menguap . Maka apabila seseorang kamu menguap, jangan sampai berbunyi, kerana yang demikian itu daripada syaitan yang mentertawakanmu." Hadith riwayat Imam Muslim, Ahmad dan At-Tirmidzi

Daripada Abdullah bin Az-Zubair r. a., katanya: Telah bersabda Rasulullah saw yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah swt membenci sesiapa yang mengangkat suara ketika menguap dan bersin." Hadith riwayat Imam Muslim, Ahmad dan At-Tirmidzi

Pengajaran daripada maksud hadith, antara adap-adap menguap dan bersin:

Berusaha menahan menguap sekadar termampu terutama ketika solat.
Meletakkan tangan di atas mulut untuk menahan menguap sama ada di dalam atau di luar solat.
Makruh mengeluarkan suara dan mengangkat bunyi ketika menguap atau bersin.
Sunat ketika bersin mengucapkan "Alhamdulillah" dan orang yang mendengarnya pula mengucapkan "Yarhamukallah".
Sunat mengucapkan "Astaghfirullah" selepas menguap.

*semoga bermanfaat :)

Thursday 12 September 2013

Human and Allah 1 (Al-Mulk 1-10)


Assalamualaikum, apa khabar semua? Asif, dah lama tak update blog. Haa mesti menanti nantikan update yang baru kan?? *tangan kt bahu mata pandang atas.

So dalam kemajuan dunia ni seiring dengan kemajuan manusia berfikir, kita mestilah melakukan sesuatu berdasarkan kemajuan 'fikiran' kita. 


SURAH AL-MULK

Ha hangpa semua dah baca surah al-mullk? Hafal sudah?? Kalau belum baik baca sekarang okay. Hafal lebih bagus :) Dalam surah ni menceritakan tentang kerajaan. Kerajaan langit? Atau kerajaan bumi? Pada pendapat saya, dalam ayat pertama surah ini telah diberitahu oleh Allah kepada manusia bahawa 'Allah menguasai (segala sesuatu). Allah BERI TAHU manusia supaya JANGAN syirik! Kalau saya nak cerita bab syirik ni bukan pendek. Panjang ceritanya gitu. Kemudian ayat ketiga Allah berfirman "Yang menciptakan 7 langit berlapis-lapis. Tidak akan kamu melihat sesuatu yang tidak seimbang pada ciptaan Tuhan yang maha pengasih. Maka lihatlah sekali lagi, adakah kamu lihat sesuatu kecacatan?"

Allah mahu manusia supaya sentiasa ingat Allah dikala susah dan senang, kita pandang ke langit pun sudah boleh membasahkan mulut kita dengan tasbih dan zikir, subhanallah, AllahAkbar, Alhamdulillah. Indah kan Alam ciptaanNya? :) Senang sangat nak dapat pahala ni cuma kita ni yang bergelar manusia kena tangkis hasutan syaitan sepadu tenaga! InshaAllah. 

Kemudian, dalam ayat 6 Allah berfirman "Dan orang2 yang ingkar kepada Tuhannya, akan mendapat azab Jahanam. Dan itulah seburuk-buruk tempat kembali" 

MashaAllah, ada kaitan sebenarnya ayat 6 dan sebelumnya. Allah bagitahu manusia supaya 'sami'na wa ata'na' dan kemudian jika manusia masih ingkar, Allah turunkan ayat 6 untuk mengancam manusia yang ingkar dengan azab siksa. 

Begitulah secara 'overall' surah Al-Mulk dari awal iaitu ayat 1-10. Banyak lagi nk ditype, banyak lagi hendak dikongsikan ilmu ini, banyak lagi tanggungjawabku yang ingin ku jalankan. Tetapi masa pada waktu sekarang tidak mengizinkan. Harap yang membaca dapat sebarkan :) saham akhirat tu penting. Kerana ilmu yang bermanfaat apabila dikongsikan semakin berganda pahalanya lebih-lebih lagi perihal agama. Bersama menegakkan syiar islam. InshaAllah AllahuAkbar! *genggam tangan

Thursday 1 August 2013

Bumi Hidayah :)


'Gambar rajah di atas menunjukkan suasana dhuha di Sekolah Menengah Islam Hidayah' .. Amboi formalnya ayat macam nak terangkan subjek sains. Emm sebenarnya nak cerita yang suasana macam ni bukan senang nak cari walaupun ada banyak sana sini, cuma sekolah ni sangat special (serious).. Hehe. Aku sebenarnya bila dah masuk alam U suasana dah berubah, nak kata segalanya pun boleh jugak. Suasana tarbiah yang ada macam masa sekolah agak susah nak diburu di dunia baru ni.  Apa pun aku akan buat yang terbaik untuk diri, teman, dan keluarga. Dengan slogan "Usrah terapi hidupku" dapat merapatkan ukhuwah antara ikhwah dan akhawat. Aku pun sekarang dalam dunia baru ni baru dapat usrah. Sekolah dulu ada je usrah dari form1 sampai form5 cuma lepas spm tu tak selalu, kadang kerap jugak kitorang buat usrah dengan naqib ustz sekolah aku (opss usrah kena selalu ok!) Memang best lah usrah wa cakap sama lu! Macam2 topic boleh jadik tajuk utama. Especially 'baitul muslim' :p Em ok dah, mengantuk sangat dah ni. Kepada pembaca 'masa tak pernah tunggu kita, penangguhan itu pencuri masa'. Berusahalah untuk kebaikan diri, masyarakat dan ummah! ^^

Thursday 4 July 2013

Menghiburkan diri di waktu malam. Maka tuan hamba rekalah cerita fantasi berlandaskan cerita "benar".


Al-kisah seekor dinosaur telah bertandang ke halaman rumah tuan hamba. Secara kebetulan tag nama tuan hamba hilang pada suatu ketika tertentu. Lalu seekor dinosaur (mainan je) berjalan menuju halaman rumah tuan hamba lalu terjumpa tag namaku. Dinosaur tersebut membuat bunyi yang (bunyi dino la kan) lalu tuan hamba pun bersegeralah keluar rumah bergegas ke arah datangnya suara keramat tersebut (keramat lah sgt) lalu ku terjumpa Dinosaur ini. Ok Tamat :)

*The main of the story is i just want to show my photography's skill. Sekian. *bow