Friday 15 March 2013

Pasti ada sesuatu disebalik tabir.



Satu cerita yang best ana jumpa dan boleh dikongsikan :)

Al-kisah! Memang susah jika semua memikirkan kepentingan diri sendiri tanpa menghiraukan kepentingan orang lain.

Ibu merasa pening kepala kerana ketiga-tiga anaknya masih tidak bertegur sapa. Masing-masing punya prinsip kehidupan dan wawasan yang berbeza. Semua anaknya mengambil peguam untuk mendakwa dan membela kepentingan masing-masing. Si tua dengan keegoaannya tidak mahu mengalah. Si tengah mendakwa dirinya teraniaya. Manakala si bongsu merasakan dia lebih berhak memiliki segalanya dari kedua orang abang-abangnya.

Ibu tidak berhenti menangis. Nasihatnya tidak lagi diterima kerana pertelingkahan sudah jadi kes mahkamah. Ibunya terbiar kesepian. Masing-masing anaknya tidak mahu ibu memihak kepada sesiapa di antara mereka. Bila ibu bersuara memberi nasihat , mereka merasa ibu memilih kasih.

Sebenarnya ada pihak merasa senang dengan keadaan pertelingkahan ini. Dia memang menunggu peluang. Peluang untuk memiliki segala aset. Paling tidak apabila pertelingkahan berlaku, pasti aset dibekukan, ini menjadikan reputasi syarikat anak-anak yang sedang bergaduh menurun dan saingan berkurangan.

Iktibar : Jangan bertelingkah sesama orang yang kita rapat, kerana MUNGKIN ada yang akan cuba mengambil kesempatan.

Da'ie mesti PERFECT


Assalamualaikum semua!:) Mesti ramai yang ada niat nak jadi baik, terutamanya mereka yang nak berubah. Sekarang ada sesuatu yang bermain di minda ana selepas beberapa benda berlaku. Kalau nak jadik 'pendakwah' sikap kita kena la berubah. Maksudnya cuba tahan segala perkara buruk dan jangan bawa masa kita berdakwah. Nanti orang tak ikut ! Seriously.. Ana memang ada pengalaman dengan orang-orang macam ni.

Pendakwah kena jadik macam (as shown above) . Ada seorang ni la. Aku tahu dia baik, dia suka post or tweet pasal islamic yang cool and yeah i respect that. Tapi kalau pandang dari sudut bergaul itu yang aku tak boleh terima. Dia kalau boleh dengan perempuan pun nak berbual pasal hiburan etc. Cakap kosong tu lagilah..

So orang macam ni memang aku tak suka. Belajar agama, sekolah agama. Cuma kena aplikasikan je dalam hidup. Kena berlaku baik untuk tarik orang supaya mereka LISTEN apa yang kita bicarakan dan post. Pendakwah ni kerja kena serious, sebab orang sentiasa menilai diri seseorang. Ini teguran untuk diri dan semua :)

Atas segala kesilapan bahasa andai terkasar Ana minta maaf. 

Monday 11 March 2013

Apa salahnya MINTA MAAF ? :)


Seorang wanita pertengahan usia sambil menunggu waktu penerbangan membelek-belek majalah di gerai buku. Beliau mencari bahan bacaan yang sesuai bagi menemaninya sepanjang penerbangan.

Kemudian beliau membeli sebungkus biskut dan membawa bersamanya. Di dalam kapal terbang beliau duduk bersebelahan dengan seorang lelaki. Dalam tempoh penerbangan, ia ia terlelap sebentar, apabila ia terjaga beliau melihat lelaki tadi membuka biskut yang dibelinya. Kemudian lelaki itu mula makan biskut itu satu persatu.

Terbit rasa marah dalam hati wanita tersebut, mahu rasanya ia menampar lelaki yang kurang ajar tadi. Sudahlah tidak minta izin , ia langsung tidak menunjukan muka rasa bersalah.

Wanita itu merasa ia patut merasai biskut tadi sebelum kehabisan, ia pun mengambil biskut dari bungkusan yang diambil lelaki sebelahnya. Lelaki itu tersenyum dan memperlawanya makan bersama. Lelaki itu meninggalkan setengah dari baki biskut dan membiarkan wanita itu makan sehingga habis.

Apabila tiba ke destinasi , wanita itu bangun dan membuka begnya untuk mengambil kacamata. Alangkah terkejutnya wanita itu apabila mendapati sebungkus biskut masih belum terusik di dalam begnya.

Barulah ia sedar, bahawa ia telah mengambil biskut kepunyaan orang lain tanpa segan silu ataupun rasa bersalah..

Kini setelah sekian lamanya wanita itu masih teringat-ingat kisah itu dan menyesal kerana menangung keresahan kerana sikapnya yang terburu-buru.

Berhati-hatilah :

Jangan dipikul bebanan sengketa bertahun lamanya hanya kita dilukai seminit dua.

Prayer time.

Jadi penganggur dekat rumah ni best. Kadang boleh sampai tahap yang sangat membosankan+malas. Dalam tengah malas tu macam biasala. Main game~ Tapi apa pun tanggungjawab sebagai muslim jangan lupa. Solat 5 waktu tu wajib. Tinggal dapat dosa. Dosa besar beb! Jzkk.