Friday 15 March 2013

Pasti ada sesuatu disebalik tabir.



Satu cerita yang best ana jumpa dan boleh dikongsikan :)

Al-kisah! Memang susah jika semua memikirkan kepentingan diri sendiri tanpa menghiraukan kepentingan orang lain.

Ibu merasa pening kepala kerana ketiga-tiga anaknya masih tidak bertegur sapa. Masing-masing punya prinsip kehidupan dan wawasan yang berbeza. Semua anaknya mengambil peguam untuk mendakwa dan membela kepentingan masing-masing. Si tua dengan keegoaannya tidak mahu mengalah. Si tengah mendakwa dirinya teraniaya. Manakala si bongsu merasakan dia lebih berhak memiliki segalanya dari kedua orang abang-abangnya.

Ibu tidak berhenti menangis. Nasihatnya tidak lagi diterima kerana pertelingkahan sudah jadi kes mahkamah. Ibunya terbiar kesepian. Masing-masing anaknya tidak mahu ibu memihak kepada sesiapa di antara mereka. Bila ibu bersuara memberi nasihat , mereka merasa ibu memilih kasih.

Sebenarnya ada pihak merasa senang dengan keadaan pertelingkahan ini. Dia memang menunggu peluang. Peluang untuk memiliki segala aset. Paling tidak apabila pertelingkahan berlaku, pasti aset dibekukan, ini menjadikan reputasi syarikat anak-anak yang sedang bergaduh menurun dan saingan berkurangan.

Iktibar : Jangan bertelingkah sesama orang yang kita rapat, kerana MUNGKIN ada yang akan cuba mengambil kesempatan.

No comments:

Post a Comment