Monday 11 March 2013

Apa salahnya MINTA MAAF ? :)


Seorang wanita pertengahan usia sambil menunggu waktu penerbangan membelek-belek majalah di gerai buku. Beliau mencari bahan bacaan yang sesuai bagi menemaninya sepanjang penerbangan.

Kemudian beliau membeli sebungkus biskut dan membawa bersamanya. Di dalam kapal terbang beliau duduk bersebelahan dengan seorang lelaki. Dalam tempoh penerbangan, ia ia terlelap sebentar, apabila ia terjaga beliau melihat lelaki tadi membuka biskut yang dibelinya. Kemudian lelaki itu mula makan biskut itu satu persatu.

Terbit rasa marah dalam hati wanita tersebut, mahu rasanya ia menampar lelaki yang kurang ajar tadi. Sudahlah tidak minta izin , ia langsung tidak menunjukan muka rasa bersalah.

Wanita itu merasa ia patut merasai biskut tadi sebelum kehabisan, ia pun mengambil biskut dari bungkusan yang diambil lelaki sebelahnya. Lelaki itu tersenyum dan memperlawanya makan bersama. Lelaki itu meninggalkan setengah dari baki biskut dan membiarkan wanita itu makan sehingga habis.

Apabila tiba ke destinasi , wanita itu bangun dan membuka begnya untuk mengambil kacamata. Alangkah terkejutnya wanita itu apabila mendapati sebungkus biskut masih belum terusik di dalam begnya.

Barulah ia sedar, bahawa ia telah mengambil biskut kepunyaan orang lain tanpa segan silu ataupun rasa bersalah..

Kini setelah sekian lamanya wanita itu masih teringat-ingat kisah itu dan menyesal kerana menangung keresahan kerana sikapnya yang terburu-buru.

Berhati-hatilah :

Jangan dipikul bebanan sengketa bertahun lamanya hanya kita dilukai seminit dua.

3 comments: